Thursday, 4 August 2011

Apam po ko DOT

Salam...

Baru siap buat soalan final dan kuiz telephony ikut AST..hAAAAAAAAA jenuh woooo.Low high medium..apa kejadahnya..biarlah rahsia..janji reja dah siap untuk final end of this semester dan kuiz selasa next week. Ok..now time to semalam punya menu buka posa. Yesterday I jus make BAKSO meat ball, kerang reboih and ikan goreng. Kuih Apam Poko DOT. Apam ni habis di makan anak2 dan Asben. Sangat sedap manis dan masam disebabkan fillingnya yang juicy meleleh gitu. Sowi tak sempat snap pix...faham2 aje la..mana nak berbuka nak makan dan bersilat dgn anak2 4 orang .hahaha...Asben sampai tegur tak mau berbuka ka...dok masak tak berenti ni...wahal I suka bila tgk anak2 dok suka makan...ok lah nak rehat sat...Resepi ini I ceduk  dari blog Mama HANA dan modify dari kuantitinya..

Bahan-bahan
• 2 biji telur
• 140 gm tepung gandum
• 100 gm gula halus
• 75 ml susu segar / (susu ideal --derhaka kepada resepi mama hana)
• 2 sudu teh baking powder
• 1 sudu kecil ovallete
• Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)---I bubuh kiwi dan stawberry
• Pewarna

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE:
• Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana ! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman!

Okk selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment