Tuesday, 6 December 2011

SBPA 2012

Cakap-cakap pasal SBPA..dok tengah fikir-fikir option....tak tau lagi nak sign ka dak....tambah-tambah bila tgok ke lawak gambor ini...hehehe

Monday, 7 November 2011

Hari raya Aidil Adha 1432

Salam Aidil Adha...buat semua suadara mara, sepupu sepapat dan keluarga tersayang.... Sambutan raya tahun ini sederhana.Sebabnya I dilanda demam hari sabtu sebelum hari raya. Sengal habis satu badan. Mengajar budak part time mengigil badan rasa nak pengsan.Bertahan bertahan..Hari raya tak balik beraya di kampung. I terlentang di tilam jer.Apa juadah pun tak dimasak. Hidup simple.........................jangan susahkan diri.sebab tuan badan tidak sihat..

Tuesday, 1 November 2011

Surah Penawar ~ Surah Al-Kautsar

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Pengasih.

Surah Al-Kautsar (Surah 108)

108:1. Sesungguhnya Kami memberikan kamu berlimpah-limpah,

108:2. Maka sembahlah Pemelihara kamu, dan berkorbanlah.

108:3. Sesungguhnya orang yang membenci kamu, dialah yang terputus.



Kesimpulan Surah Al-Kautsar:-



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya ' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Semoga menjadi amalan kita hendaknya...

Jeruk maman dan SOMTAM

Arghhhhh!!!! malas gila. Start hari senin sampai khamis ini EDUFEST di PSP. Abis tempat parking berbumbung depa buat gerai jualan. Today I try 2 kind makanan, first somtam...actually dah lama dok ursha nak ngap benda alah ni tapi harga kat luar RM4.00, sebab reganya mcam tu la asyik tak tercapai nak makan. Hari ini  cuba makan rega rm2.00....rasanya manis masam....lidah kata tak lulusss. Patut la tertangguh lama benor sebelum ni..
Makanan kedua yang I try, maman jeruk. First time  rasa seumur hidup. Cik G yang bawa. Maman ni bagi I LULUS PENUH! sedap pada lidah...nak info lebih pasal khasiat daun maman ni layarilah WIKIPEDIA...hahahahahahahah...ok nak sambung buat reja yang tak finish lagi...masa itu pedang

Wednesday, 26 October 2011

Hari-hari mau.Cepat..

Setiap hari berazam nak cepat p reja...bangun awai tapi tetap lambat gak...macam mana nak buat ni...

Tuesday, 25 October 2011

Cameron Highland

23hb Oktober 2011, my bro ajak p CM. so terjun jugak la...maklum la available. Anak-2 baru ja abis exam. Release tension!!!  
So we all berangkat ke CM jam 6.00 pg sampai koi 9.00 pg. Nyaman cuaca disana sejuk ja. I dgn bro ikut suka ja nak berhenti kat mana.....ikut haluan memasing. So I stop by kat  satu tempat ni. malas nak taip byk layan pix ja la no...

Kat MARDI CM...ada Edible Garden untuk herb..dan sayuran

Makan Angin


Afaf and Alisa...this first time for Afaf and  3rd for Alisa..Smile sayang

Angin tak dak ribun pun dak. Tup tup bro ajak p Cameron...pantang pelawa...cunggik la. Percutian 2 hari semalam. Say kat Hotel De'bella Fern..Tempat sangat okays..atau lebih speksifik Desa Atherium hehehe..RM250. Bebaloi. Apartment tu selengkapnya. I malas nak taip so layan pix okays. 


Taman Sedia CM ...ini Alisa dan Irfan sedang menikmati hidangan ais cream strawberies di KHM ....aduhaiii edapp sangat. Macam hok BR lah....I siap belasah 2 ..hahah dasar kuat makan tak upaya nak tolak..

Gara2 lama dah shutdown!!

Salam...

Lama sangat tak update blog ni. Maklum la bziest dengan kerja n urusan dunia dan akhirat..
Dunia kerja2 yg dilakukan..akhirat  pulak amalan yang dilakukan diberi ganjaran pahala....dengan syarat perbuatan kita jangan diungkit-ungkit.InsyaAllah akan menimbun nanti pahala tu sebagai bantuan atau talian hayat untuk masuk syurga..ameen  Sebenornya gara2 lama tak update blog ni. I dah terlupa password..hahaha naya punya kes ni...mengagau taip password. So akhirnya ambil keputusan RESET. Now I came back.

Thursday, 4 August 2011

Apam po ko DOT

Salam...

Baru siap buat soalan final dan kuiz telephony ikut AST..hAAAAAAAAA jenuh woooo.Low high medium..apa kejadahnya..biarlah rahsia..janji reja dah siap untuk final end of this semester dan kuiz selasa next week. Ok..now time to semalam punya menu buka posa. Yesterday I jus make BAKSO meat ball, kerang reboih and ikan goreng. Kuih Apam Poko DOT. Apam ni habis di makan anak2 dan Asben. Sangat sedap manis dan masam disebabkan fillingnya yang juicy meleleh gitu. Sowi tak sempat snap pix...faham2 aje la..mana nak berbuka nak makan dan bersilat dgn anak2 4 orang .hahaha...Asben sampai tegur tak mau berbuka ka...dok masak tak berenti ni...wahal I suka bila tgk anak2 dok suka makan...ok lah nak rehat sat...Resepi ini I ceduk  dari blog Mama HANA dan modify dari kuantitinya..

Bahan-bahan
• 2 biji telur
• 140 gm tepung gandum
• 100 gm gula halus
• 75 ml susu segar / (susu ideal --derhaka kepada resepi mama hana)
• 2 sudu teh baking powder
• 1 sudu kecil ovallete
• Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)---I bubuh kiwi dan stawberry
• Pewarna

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE:
• Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana ! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman!

Okk selamat mencuba...

Wednesday, 3 August 2011

Ramadhan Yang Indah

Wah duh wah duh!!! sudah lama benor I menyepi....maklumla semester baru bermula ditambah dengan mengajar course baru.Mana nak siapkan nota, labwork sheet, quiz, End of chapter,RPP dan final question.Faham-faham aje la tahap kebizian yang tersenarai ni.....huhuhu. Banyak cerita ceriti yang tak sempat nak diuploadkan di ruangan ni...

So just now baharu selesai Final Exam question. Sejuk rasanya hari ini...sebab hujun rahmat turun.Tak terasa kering tekak ni sebab berpuasa. Bercakap pasal puasa semalam adalah hari kedua kita umat Nabi Muhammad SAW menunaikan rukun islam.So I  sediakan cheezy wedges untuk anak2.
Resepinya adunan ciplak dan durhaka resepi asal..

Bahan2:
1) Potato holand/kuning -  sainz sederhana -4 biji(reboih sampai empuk+ sedikit garam)
2) Tos sejukan dan potong macam potong Apple.
3) Sediakan tepung gandum 3 senduk nasi + 1 sudu majerin +garam halus 1 sudu kecil = gaul sampai gebu
4) 1 sudu teh lada putih.1 sudu teh cili mesin. 1 sudu teh l lada hitam.sedikit perasa campur dgn tepung tadi
5) 1 sudu Makan air kapur dan sedikit kunyit.Masukan 1 cawan air (bancuhan biar agak-2 pekat)
6) siap boleh gorengkan potato tadi dengan tepung ini.
7) Hiaskan dengan JALAPENO cheese dan Mayionis...Nyum2 anak2 paling suka ni...MURAH dan SEDAP..lebih sedap dari KFC punya...kata my dotter..

selamat mencuba..

Today 3rd fasting I nak buat BAKSO...jeng jeng jeng...selamat berbuka...tak boleh lama2 blogging ni...nak tanda labreport pulak...nak kerja nak kerja...dadada

Sunday, 5 June 2011

I-city Seksyen 7 Shah Alam


Cantik panorama...

Hepi2....malam ke tiga ni..jalan sampai pukul 1 pagi

Yes! memang best kan anak2...

PetroSains KLCC

Gendola  sedia untuk ke alam .....

Look at me...afaf dan irfan ceria no...ayah lang nak marah sapa tu..

Pic sesat di Aquaria


Add caption

Cantik deco dalaman


Si boboi ni selalu lost....sebab suka bawa diri sendiri...last2 panggil ibu ayah....

Alahai... ayah  jangan masam...sekali sekala ja dukung Afaf...Best ke Alisa? Best2

Irfan takut DiNO...huhuhu..walahal dino tu menyanyi..

Peace3x....................

Ujian tahap bising.....injin roket di ISS..ini sleeping BEG

Afaf lena kepenatan untuk hari ke dua...sib baik disediakan kereta sorong...LEGA

Technology....slide
Rama2 segan nak hinggap kat I...

Teknik slide shoot  picture..nampak reta pegang tak depat.....GERAMMMM


Ayah jadi pilot kapal terbang....serius lol

Anak manja ibu...pandainya

Aik! Hanan kata nak jadi doktor eye...ini dah bawa cengkoi apa cite?

Ini mesin gegarrr.......buai ini akan bergegar....kena pakat tahan ayunannya

KLCC Aquaria

Cuti-cuti Malaysia...wit famili..ini di Pulau dalam Aquaria..tengok kelaku anak-anak...hahaha memang natural.

Ni dia rombongan CIK KIAH...kiah pinjam nama sat na...tempat ini menarik tengok macam-macam jenis ikan. Masa ini Afaf dah lena dalam kain sentung...lenguh kendong dia..

Alisa dan Irfan dok touch Star Fish....sungguh berani...I geliiiiiiii la...I'm sowi

Wah! ayah macho nya....syok tengok ikan tu...tenang

Jelly fish transparent...cuit...

Cumel ciptaannya....jelly fish ni makan apa ye? tak tumbuh2an pun dalam ni..

Nak  gambar jugak

Sangat sesuai untuk pembelajaran sains dan hidupan

Hanan cumel...good gurl

Irfan dah buat muka nangtuk, letih lama melepak dalam tu...


DNA haiwan laut...boleh sentuh2 ikan & star fish

Tengok berani mek kecik ni


Ini hari pertama sebelum check in di hotel cOrus... 5 minit berjalan kaki ke KLCC. Sebelum p KLCC. We all makan nasi kandaQ pelita dulu ...perut pun dah keroncong. Bila kenyang jom..jalan ramai2. Menarik sangat bila walking2 kat KL. Lama dah tak enjoy dengan keluarga. Asyik kampung kampung dan kampung...

Tuesday, 24 May 2011

Plan Cuti Sekolah

Hurmm....seminggu sebelum ini dok mendengus tak boleh nak cuti masa anak-anak cuti sekolah nanti( 30 mei -12 jun 2011)..Sebab ada kursus 3P AutoCAD kena pada tarikh tu....semalam tetiba dapat email  tarikhnya ditunda ke 7hb Jun. Dan kena korbankan sabtu first week untuk kursus.Arrghhh!!! boleh la.janji I boleh cuti dengan anak-anak. So fikir punya fikir kemarin I apply cuti 5 hari start 29 mei -3 mei. Dalam kepala dok plan nak bawa anak-anak pergi main ombak di pantai kat island jer...save cost. tup!tup! hari ini dapat calling from  my sis ajak pergi aquaria KLCC dan Icity , pengidapan ditaja.Makan sendirian Bhd. .Hahaha! sebelum kata setuju, I ask my husben first. Atas persetujuan dia so, insyaAllah I and family akan ke Kay Ell. Lama dah tak p, ingat-ingat tahun 2004 kot jejak ke sana.Tu pun ke Hotel Pan Pacific KLIA terima APC.Just nak bagi anak-anak syok. InsyaAllah I akan stay di Corus Hotel Kuala Lumpur 2 Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 03-2161-8888. Hotel yang paling dekat untuk ke KLCC.Tak sabar nak bawa diorang jejalan.

Sunday, 22 May 2011

Menu hujung minggu

This my first sponge cake without deco. Boleh laa 1 star.

Beberapa bulan lepas my bro tanam jagung atas permintaan my mom. She memang gemar jagung.After a month  tanam jagung dah matang. So musim menuai. So makan tanpa boring reboih, bakar, cucur habis di masak. I berkesempatan bawa balik ke Ptg Pauh.This jagung name Mutiara, segar dari ladang. Disebabkan nak ubah selera I asyik cucur jagung je. So i made bengkang. Sangat nyaman dan sedap. Resepi I ambil dari kak rusnah http://kak-rusnah.fotopages . I give 5 star


Tengokk!!tu dia...donat  tengah mengembang. Ini resepi donat with kentang from my beloved sis in law.Teringat kawan I cik kiah adakah dah berjaya buat ke belum?http://norkiahs.blogspot.com

Siap untuk di bahaMMMM

Apam pisang Emas. I try this menu yesterday. Simple and ez. This resepi dari my bro,resepi ini boleh gak di bakar atau dikukus.
Resepinya: Telur  gred A 4 biji,
1 cwn pisang emas yang telah dilecek
2 cwn tepung  gandum( cawan saiz mug ye)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu garam
1 sudu besar overlett
secubit serbuk kayu manis
Essen pisang atau vanila pun boleh.
Gula 31/4(3 suku) cwn
minyak masak 31/4(3 suku cwn)

Pukul bersama 31/4 cawan gula yang telah di mesin. sampai kembang.Nak ukur dah kembang  ke tak.bila kita angkat mixer adunan putus. Then masukan overlett 1 sudu besar. Pukul lagi sampai sebati. Pisang dilecek sampai cukup 1 cawan. Masukan dalam  adunan tadi pukul lagi bagi sebati,masukan essen, serbuk kayu manis, putar lagi.masukan minyak. putar lagiii. Last sekali masukan tepung sedikit demi sedikit. Kacau je dengan senduk sampai habis tepung  tolong jgn guna mixer. Then kalau nak kukus. Sebelum nak buat adunan panas kan kukusan. Then acuan yang nak digunakan kalau kecil atau besar kena lenserkan dengan minyak then panaskan 5 minit. Kemudian bolehlah dimasukan adunan dan kukus selama 10 minit untuk yang kecik, setengah jam untuk yang besar.Jangan lupa balut tudung pengukus dgn kain.Untuk elak wap masuk dalam adunan.
Kalau nak bakar lencerkan acuan dengan majerin, alas dengan kertas then boleh dibakar 40 minit.

Thursday, 19 May 2011

Dusun kecik


Entri hari ini hal berkaitan dusun yang diimpikan..Ini I punye pewaris yang dibawa dusun setiap weekend.So layan aje lah gambo kat bwh yehaaa!


Monday, 16 May 2011

Special Wish

I yang tak lupa daratan...minggu ini abg I sempat menaman pisang 800 pokok di kebun. I tak pergi b'coz Afaf batuk berkahak dan demam.So just stay di rumah my mom je ahad  semalam. Today dapat wish hari guru from my x-BF.Tantiu ingat kat I pasal special day ini. So sementara ingat nak wish gakk kepada semua cikgu cikgi yang pernah mengajar I di taska...opsss

Sunday, 15 May 2011

TIRAMISU CHOC CAKE



Masa blog walking kat http://is.dapurkecik.blogspot.com  jumpak resepi ni..nampak simple.nanti nak cuba..basic kek dah ok...apa yang penting modify sikit..USAHA TANGGA KEJAYAAN...just utk family.

makan makan




Moist Chocolate Cake 1st try atas permintaan anak2 yang dah pandai makan...dan demand..so I yang tangan keras terpaksa berkerja keras..maklum la dari kecik  sampai belajar tak pernah masuk dapur...